Sunday, September 11, 2011

FAEDAH PERUBATAN DARI ARANG BULUH






SATU PERTEMUAN BARU BERASASKAN BIOTEKNOLOGI

Dibawah ini disertakan pelbagai kegunaan yang boleh didapati daripada penggunaan arang daripada buluh.

  1. Letakkan sedikit atau serpihan arang buluh ketika hendak memasak nasi.Arang buluh boleh bertindak sebagai bahan penyerap unsur klorin,bau busuk dan toksik didalam air yang digunakan untuk memasak nasi.Kandungan mineral yang terdapat didalam arang buluh di larut di dalam air.
  2. Jika arang buluh direndamkan kedalam minyak masak yang sedang panas,rasa makanan yang digoreng akan bertambah sedap dimana aroma setiap bahan akan timbul.
  3. Arang buluh boleh digunakan bagi tujuan membersihkan udara atmosfera didalam rumah dan melindungi peralatan elektronik seperti TV,komputer dan pelbagai barangan elektronik yang lain.Arang buluh merupakan bahan penebat yang cukup berkesan dalam menyerap kuasa elektomagnet dan memantulkan sinaran infra merah.
  4. Letakkan sedikit arang buluh kedalam peti sejuk sebagai agen pewangi atau menyahbauan (deodorizer) gas ethylene yang terhasil secara semulajadi daripada bahan yang disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Kegunaan arang buluh dalam proses pembersihan dan penyulingan air minuman.Arang buluh adalah agen antibakteria dan antikulat semulajadi. Rekomentasi nisbah penggunaan arang buluh dan air adalah  1:1 .Proses pembersihan dan penyulingan air ini hanya mengambil masa 4-5 jam sebelum ianya boleh digunakan.
  6. Arang buluh akan melepas mineral semulajadi kedalam air dan secara tidak langsung bunga atau ikan yang dibela akan berada dalam keadaan sihat.Arang buluh juga boleh digunakan sebagai pestisida organik bagi mencegah haiwan perosak seperti kutu dan sebagainya yang menyerang haiwan dan manusia.
  7. Bau rokok didalam kereta dan kuasa elektrik statik yang dihasilkan didalam kereta boleh diserap dengan penggunaan arang buluh.
  8. Penggunaan arang buluh boleh digunakan sebagai pewangi dalam almari baju dan kasut bagi menyerap kelembapan dan menghalang pertumbuhan kelapuk,lumut serta bau yang kurang menyenangkan.
  9. Arang buluh akan menapis bau klorin dan secara tidak langsung bunga akan bertahan lebih lama.
  10. Arang buluh boleh digunakan sebagai agen kawalan pestisida organik dalam pertanian dan penternakan yang berasaskan semulajadi.
  11. Kandungan mineral daripada arang buluh akan membuatkan rasa ceruk lebih sedap lagi.
  12. Mandian air panas dengan menggunakan rendaman arang buluh boleh menghasilkan air alkali semulajadi dan boleh digunakan sebagai media merawat penyakit kulit,menyegarkan badan,sengal-sengal pinggang,kelemumur dan melancarkan perjalanan darah.

    FAKTA: Selepas aplikasi arang buluh telah digunakan,pecahkan kepada bahagian yang kecil dan taburkan atau campurkan dengan tanah bagi tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman dan ketahanan melawan serangan penyakit.

    FAEDAH PERUBATAN DARIPADA PENGGUNAAN ARANG BULUH.

    Direkodkan bahawa faedah perubatan daripada penggunaan arang buluh didapati sebanyak lebih kurang 400 mineral boleh diperolehi dan beratus-ratus aplikasi perubatan boleh didapati bagi tujuan kesihatan manusia.

    Penyerap Kelembapan.

    Jika arang buluh ini dicerap dibawah mikroskop,akan kelihatan sejumlah liang-liang atau lubang bersaiz micron terbentuk dalam jumlah yang banyak sekali.Jika 1 gram atau bersamaan 1 cubit arang buluh dikira permukaan liang atau lubang tersebut,ianya boleh mencecah seluas hampir 300 meter persegi atau 3000 kaki persegi.
    Oleh sebab itu,unsur seperti air dan udara boleh melalui media ini dengan lebih mudah bagi proses penyerapan bendasing dan lembapan.

    Pewangi (Agen Penyahbauan)

    Oleh sebab arang buluh mempunyai liang-liang atau lubang bersaiz micron,ianya mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menyerap bendasing terutamanya bau yang kurang menyenangkan.

    Proses Mineralisasi Air.

    Tumbuhan yang membesar biasanya akan menyerap segala nutrien tumbesaran dari dalam tanah.Oleh sebab itulah,setiap arang yang dihasilkan daripada tumbuhan boleh dilarutkan dengan mudah didalam air.Proses mineralisasi air ini boleh dilakukan dengan merendam bahan tersebut didalam air.

    Sinaran Infra Merah.

    Sinaran Infra Merah yang terhasil akibat daripada pembakaran arang buluh ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.Kebaikkan daripada proses ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan seperti melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan.Ianya sangat berguna bagi proses menyalai makanan yang berasaskan daging kerana ia dapat mengekalkan nutrien dan khasiat bahan tersebut.

    Negatif Ionizer.

    Arang buluh boleh menghasilkan ion negative.Ion negatif ini boleh digunakan bagi sistem saraf parasympathetic didalam badan manusia bagi tujuan merehatkan badan dan minda.

    Cuka Arang Buluh.

    Cuka arang buluh adalah cecair ekstrak yang terhasil daripada asap sewaktu penghasilan arang buluh dan boleh digunakan dalam merawat beratus-ratus jenis penyakit.Semasa proses penghasilan cuka arang buluh,asap yang keluar daripada cerobong dalam kebuk pembakaran akan diekstrak dan akan melalui proses kondensasi.Dalam proses kondensasi asap akan bertukar menjadi cecair yang berwarna hitam dan cecair ini dikenali sebagai cuka arang buluh.Cuka arang buluh ini mempunyai lebih kurang 400 jenis unsur kimia dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti kosmetik,pestisida organik(racun serangga) ,pewangi, pemprosesan makanan dan pertanian.

    OLEH : HAMDAN AHMAD