Friday, June 24, 2011

MASAKAN ASAM PEDAS IKAN MERAH JERUK REBUNG MADU


ASAM PEDAS IKAN MERAH JERUK REBUNG MADU

Assalammualaikum....bagi mereka yang masih mencari-cari resepi masakan untuk hari ini apa kata kita cuba masak Asam Pedas Ikan Merah dengan aroma Jeruk Rebung Madu.  Bagaimana rasanya....???? mestilah best....... terutama bagi mereka yg suka masam-masam.   Untuk memasaknya mula-mula dapatkan Jeruk Rebung Madu.....(Jeruk Pucuk Rebung Madu hanya dikeluarkan oleh Syarikat Rebung Madu Mohd - 0176422944/0173566141 Khairul).  Pucuk Rebung Madu tersebut dihiris nipis-nipis. Kemudian tumis bahan-bahan untuk membuat Asam Pedas.  Kemudian masukkan ikan (mengikut kegemaran), Pucuk Rebung Madu, Asam Jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Apabila telah didih hidangkan, pasti membuka selera anda.   Selamat Mencuba.


JERUK REBUNG MADU (PUCUK)


PUCUK REBUNG MADU DIHIRIS NIPIS-NIPIS MENGIKUT KESESUAIAN


TUMIS CILI, SERAI, BAWANG MERAH/PUTIH YANG TELAH DIKISAR


MASUKKAN IKAN DAN KACAU SEKETIKA


MASUKKAN PUCUK REBUNG MADU, ASAM JAWA DLL BAHAN


INI DIA ASAM PEDAS IKAN MERAH DENGAN AROMA REBUNG MADU

PRODUK TERKINI SYARIKAT REBUNG MADU MOHD


 JERUK REBUNG MADU

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kini Syarikat Rebung Madu Mohd telah berjaya mengeluarkan 2 produk terkini hasil dari Buluh Rebung Madu. Produk yang dimaksudkan adalah Jeruk Rebung Madu dan juga Halwa Rebung Madu.  Buat masa terkini produk tersebut hanya di pasarkan di sekitar Parit Jawa, Muar, Johor dan juga di Kuala Lumpur di sebabkan pengeluaran rebung madu yang terhad.  Bagi mereka-mereka yang ingin memperolehi produk tersebut bolehlah membuat tempahan awal, untuk keterangan lanjut sila hubungi M. Halim 013 2935710.


HALWA REBUNG MADU

Sunday, June 12, 2011

AKTIVITI KARNIVAL BELIA P146 MUAR

Syarikat Rebung Madu Mohd telah membuka gerai berasaskan Rebung Madu di Karnival Belia P146 Muar bertempat di Dewan Jubli Intan Muar.  Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan, terima kasih kepada pengunjung2 semua.


Macam- macam ada.....Jeruk Rebung Asin, Halwa Rebung Madu, Rebung Madu Segar dan Benih Buluh Rebung Madu.

YB Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan sempat melawat ke gerai kami dan merasa kemanisan Halwa Rebung Madu


YB Razali sempat memberi nasihat agar terus mengembangkan perusahaan Rebung Madu.  Insyallah Syarikat kami akan terus mengembangkan perusahaan ini disekitar Johor.

Saturday, June 11, 2011

BAJA MINERAL EFEKTIF UNTUK KELAPA SAWIT



Alhamdulillah ramai yang telah menghubungi saya dan bertanyakan pengunaan baja mineral efektif untuk mengatasi masalah tanaman kelapa sawit, buluh madu, gaharu dan lain-lain tanaman yang bermasalah serta ingin meningkatkan hasil tanaman. Insyallah saya akan cuba membantu serta berkongsi maklumat. Menurut pekebun dari Selangor memberitahu saya pendapatannya kini telah bertambah dan berita baiknya pokok kelapa sawit yang dulunya jantan kini telah menjadi betina dan menghasilkan pendapatan. So berita paling baik kini kita tak perlu membunuh pokok2 jantan lagi.......Mr John dari Kluang, Johor memberitahu dulu 20% tanaman kelapa sawitnya tidak mengeluarkan hasil kini dengan menggunakan baja mineral efektif pokok kelapa sawitnya telah mengeluarkan 7 hingga 12 tandan. Saya juga baru menggunakan baja tersebut, nanti hasilnya saya akan beritahu............... sabarr.......Untuk En Omar dari Perak, En Man Johor, En Azhar Melaka, En Johan Kedah dan rakan2 yg lain, jawapan saya Insyallah dengan izin Allah kita akan terus berhubung dan jangan lupa mengikut jadual pembajaan.

RAHSIA BAJA MINERAL EFEKTIF

Silicon (Si) adalah nama sejenis elemen yang terdapat di dalam tanah. Terdapat 92 jenis elemen di permukaan bumi kita. Silicon adalah elemen yang kedua terbanyak iaitu 27.7 peratus selepas Oxigen. Elemen (mineral) Silicon juga merangkumi lebih daripada 60 peratus kandungan tanah topsoil.

Mineral yang mengandungi Silicon terbahagi kepada dua bentuk. Pertama dalam bentuk kristal (tidak larut) yang tidak dapat dimakan oleh tanaman iaitu dalam bentuk silica (pasir- SiO2) dan silicate (tanah liat- SiO4). Kedua dalam bentuk cecair (larut) yang dapat dimakan oleh tanaman iaitu Orthosilicic Asid (H4SiO4).

Untuk menguraikan silicate daripada bentuk kristal kepada bentuk cecair Orthosilicic Asid, ia harus melalui 3 proses pereputan dan penguraian iaitu secara mekanikal, kimia dan juga biologi. Proses tersebut memakan masa yang agak lama.

Di dalam hutan kekal yang beribu tahun umurnya, sistem ekologinya adalah sangat seimbang. Ia mampu menjana apa sahaja keperluan makanannya melalui proses pereputan (mekanikal, kimia dan biologi). Keunikan inilah yang menjadikan tanah dan tanaman di dalam hutan sentiasa subur, sihat dan seimbang.



Selepas tanaman menyerap Orthosilicic Asid, ia akan mendepositkannya ke dalam lapisan kulit (epidermal) daun, batang dan akar pokok dalam bentuk organik silica (SiO2). Apabila daun atau ranting gugur, mikrob akan memakan organik silica (SiO2) tersebut dan menukarkannya kembali kepada bentuk Orthosilicic Asid untuk dimakan oleh pokok. Proses kitaran sisa tanaman sentiasa berjalan dan ini akan menambahkan kandungan organik silica di dalam pokok dan tanah di dalam hutan. Ini adalah salah satu sebab yang menjadikan pokok di dalam hutan sentiasa hijau, sihat dan tidak dijangkiti penyakit.

Untuk membuktikan bahawa terdapatnya kandungan organik silica yang banyak di dalam pokok di dalam hutan, kita potong sepohon pokok yang sihat dari hutan dan di bakar semua daun, batang dan akarnya. Selepas proses pembakaran, elemen terakhir yang tertinggal adalah abu. Ujian makmal akan menunjukkan bahawa organik silica adalah salah satu mineral yang terbanyak yang terkandung di dalam abu tersebut. Kandungan organik silica yang banyak didalam tanaman membuktikan bahawa Orthosilicic Acid (H4SiO4) adalah merupakan salah satu elemen mineral yang penting untuk tanaman.

Tetapi persoalannya adalah, kenapakah Orthosilicic Acid (H4SiO4) yang sebegitu banyak di dalam tanah dan tanaman tidak dianggap sebagai nutrien yang penting untuk tanaman? Sedangkan, baja Orthosilicic Asid telah digunakan dengan jayanya di Jepun, Korea, China, Rusia, Kanada, Brazil dan juga Thailand. Malah Canadian Fertilizer Act telah mengkategorikan Orthosilicic Asid sebagai “Supplementary Fertilizer That Improves Plant Growth”, Brazil pula telah mengklasifikasikan Orthosilicic Asid sebagai “Beneficial To Crops” dan Jepun juga telah melabelkan Orthosilicic Acid sebagai ”Agronomically Essential Element”.

Kajian tentang penggunaan baja Orthosilicic Asid telah pun dijalankan dalam industri pertanian di negara-negara maju seperti Jepun, Kanada, Amerika, Eropah, Rusia dan lain-lain sejak awal tahun 70 an. Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan baja Orthosilicic Asid dapat:

a)Meneguhkan lapisan dinding sel (epidermal) daun, batang dan akar pokok.
 
Menguatkan sistem imunisasi tanaman untuk melawan penyakit dan serangan serangga.
b)Meningkatkan elemen klorofil dalam daun untuk proses metabolisma semasa fotosintesis.
 
Meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman.
c)Mengurangkan kehilangan (leaching) N.P.K di dalam tanah.
 
Silica (SiO2) dapat menyerap dan menyimpan Potassium (K) dalam tanah sehingga 90 %.
d)Mengekalkan pH tanah antara 5 - 6.5 untuk memastikan Phosphorous sentiasa dapat digunakan oleh tanaman.
e)Membantu memperbaiki ketidakseimbangan nutrien dan toksik dalam tanaman.
 
Dengan adanya Orthosilic Acid, toksik dalam tanaman seperti Al dan Fe dapat dikurangkan.
f)Meningkatkan ketahanan tanaman semasa kemarau.
 
Membantu proses penyimpanan air dalam tanaman.

Persoalannya adalah, kenapakah baja Orthosilicic Asid masih lagi tidak digunakan sepenuhnya oleh petani kita? Jawapannya ialah, harga baja Orthosilicic Asid dari Amerika, Jepun dan negara-negara pengeluar lain adalah mahal dan tidak ekonomi untuk industri pertanian. Kos baja Orthosilicic Asid (dalam bentuk cecair) di Amerika dan Jepun adalah rm 20.00 sekilo.

Tetapi Thailand telah berjaya menghasilkan baja Orthosilicic Asid untuk kegunaannya sendiri kerana mereka mempunyai teknologi dan bahan mineral semulajadi.  Keterangan lanjut hubungi Halim 0132935710.

HASIL BERGANDA

  
Bayangankanlah Jika 30% / 50% Rumpun Buluh Boleh Menghasilkan 4 Batang Rebung   
 
Satu Kepuasan Tidak Terhingga 
Sukar Melahirkan Kegembiraan Dengan Kata-kata Bila Bukti Didepan MATA

RANCANGAN KAMI SETERUSNYA

 Oleh Kerana Hasil Rebung Madu Kami Telah Bertambah Kini Rancangan Seterusnya Adalah Untuk Menghasilkan Jeruk Rebung Madu Dan Juga Halwa Rebung Madu , Insyallah

 KHASIAT REBUNG MADU

Tunas buluh atau dikenali dengan nama rebung selalunya dijadikan sayur dalam masakan. Rebung madu biasanya dimasak kari, lemak, kerabu atau dijadikan ulam-ulaman. Ia sebenarnya kaya dengan serat dan dikatakan boleh mengurangkan kadar kolestrol.
Rebung madu mempunyai banyak serat dan karbohidrat komplek yang boleh membantu mengurangkan kolestrol dalam darah, dan secara tidak langsung mengurangkan risiko sakit jantung.
Kadar air didalamnya juga tinggi iaitu sekitar 90%. Rebung madu juga mengandung protein, karbohidrat, lemak vitamin A, thiamin, riboflavin, vitamin C, serta mineral lain seperti kalsium, fosfor, besi, dan kalium. Kandungan kalium dalam rebung cukup tinggi, yaitu 533 mg per 100 gram rebung.
Banyak lagi khasiat rebung madu yang belum dikupas. Ada yang mengatakan ia baik untuk penyakit batuk berkahak demam, mencegah sembelit dan kanser kolon. Wallahualam.