REBUNG MASAK LEMAH PERUT
Bahan-bahannya
1 perdu rebung segar ~ dicincang halus dan direbus
1/2 kilo perut lembu ~ dihiris nipis dan 3 inci panjang >>direbus hingga masak
santan dari 1 biji kelapa
asam keping
garam secukupnya
sedikit gula~tak nak masuk pun tak ape.
Bahan untuk diblend
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
9 biji cili kering
1 1/2 inci kunyit( kunyit serbuk pun boleh )
1 inci lengkuas
2 batang serai
sejemput biji ketumbar
sejemput udang kering ~direndam hingga lembut
1 biji tomato
2 biji cili merah
7 biji cili api ( kurangkan jika tak nak pedas )
Tq Jie Jie.........
RESEPI CHE DE SAM
ACAR REBUNG
Bahan:
Rebung- dipotong memanjang dan ambil bahagian lembut sahaja.
Air cuka- air,cuka,gula dan garam dimasak hingga mendidih dan sejukkan. Bila sejuk, bolehlah dicelur rebung di atas.
Bahan blend:
bawang merah
bwg putih
halia
sedikit lengkuas
kunyit
buah keras
cili kering- jika suka pedas,lebihkan
serai-diketuk
biji sawi dan biji ketumbar - optional
CARA :
1. Panaskan minyak,tumis bahan blend bersama biji sawi dan biji ketumbar sehingga naik bau.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yg dikehendaki.
3. Bila dah mendidih,masukkan rebung di atas.
4. Last sekali masukkan cuka,gula dan sedikit garam .
5. Bila kuah dah hampir kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Nota: kena tahu balancekan kuantiti cuka dgn gula. contohnya if kita bubuh 1 sudu besar cuka so 1 sudu besar gula.
RESEPI MAT GEBU
KARI PEDAS REBUNG MADU
700 g rebung madu
500 g daging batang pinang
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
2 keping asam gelugor
1/2 camca besar gula melaka
2 camca besar kerisik
3 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah "baba's")
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS :
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR HALUS :
2 biji bawang besar (sederhana besar)
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam
CARA MEMBUATNYA :
- Rebung dicuci, dan kelar2 tapi jangan putus, buat hingga siap. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar, kacau rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan perang, masukkan bancuhan rempah kari dan bahan kisar tadi, kacau dan masak hingga terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut.
- Masukkan rebung, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masak hingga daging lembut dan rebung empuk. Masuk asam gelugor, garam, gula melaka dan kerisik. Kacau dan tuang pati santan.
- Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Biar masak 4 - 5 minit lagi. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam lagi, kemudian matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm berpeluhh koo makan!!!
RESEPI BDARIA
Gulai Rebung Madu bersama ayam
Gulai rebung bersama ayam nie dimasak oleh adik perempuan saya. Dia nie kalau masak kari memang best....saja je saya dera dia supaya masak gulai sementara saya cuma goreng ayam sahaja. Rebung madu nie dibawa oleh Mak Ngah saya dari Changloon. Rebung nie dah direbus dan dijerukkan oleh Mak Ngah saya supaya ia boleh tahan lama. Mak Ngah saya bawa hampir setengah guni besar rebung....mak saya kemudiannya mengagih-agihkan kepada saudara mara kami yang datang masa kenduri tersebut biar semua merasa, maklumlah merekapun dah lama tak balik ke Changloon. Sebenarnya mak saya mempunyai ramai adik beradik...yang satu mak ada di pahang dan di selangor manakala yang mak lain pula berada dibeberapa tempat lain jadi masa kenduri mak jemput mereka semua datang....sebab tulah hari kenduri ramai saudara kami berkunjung kerumah. Datuk saya kahwin empat dan saya ada lebih kurang 24 orang bapa dan mak saudara. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tak pernah jumpa...malah ada yang lebih muda daripada saya (saya cucu sulung datuk).
Dekat ofis tempohari kami ada berbual berkenaan dengan perbezaan gulai dan kari. Bagi orang utara gulai adalah kari dan masak lemak santan adalah masak lemak tapi bagi kawan saya yang berasal dari N9 pula kata gulai adalah masak lemak dan kari adalah kari. Confuse tak......apa2 pun bagi orang utara ini adalah gulai atau kari. Masa adik saya masak, sibuk je saya dok ambik gambar sambil goreng ayam...sempat lagi tu. Saja je nak buat satu entry berkenaan dengan gulai rebung madu nie.
Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu
8 biji bawang merah-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
daun kari-jika ada
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia
4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.
Tumis sehingga naik minyak.
Kemudian masukkan rebung yang telah dipotong. Mak ngah saya bagi petua supaya rasa masam rebung yang telah dijeruk tidak kuat adalah dengan memasukkan air batu kedalam rebung tersebut. Rendam seketika dan kemudian toskan rebung tu. Tujuannya supaya rebung yang telah dijeruk tidak terlalu masam.
Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.
Gulai rebung madu bersama ayam nie sudah masak. Memang hari tu best betul makan nasi sebab ada sambal tempoyak petai, ikan sepat perkasam, gulai rebung madu dan ayam goreng. Kami makan ramai-ramai sebelum semua orang balik meninggalkan rumah di Pahang. Sekarang nie rumah tu hanya tinggal adik saya yang batu kahwin tu bersama suaminya. Rumah tu hanya penuh dan meriah dengan oarng bila tiba masa raya sahaja lepas tu sunyi saja.
Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.
Gulai rebung madu bersama ayam nie sudah masak. Memang hari tu best betul makan nasi sebab ada sambal tempoyak petai, ikan sepat perkasam, gulai rebung madu dan ayam goreng. Kami makan ramai-ramai sebelum semua orang balik meninggalkan rumah di Pahang. Sekarang nie rumah tu hanya tinggal adik saya yang batu kahwin tu bersama suaminya. Rumah tu hanya penuh dan meriah dengan oarng bila tiba masa raya sahaja lepas tu sunyi saja.
Spaghetti Rebung Madu
1 biji bawang besar dipotong racik
3 ulas bawang putih
minyak untuk menumis.
tumiskan dulu. hingga naik bau
5 sudu cili boh @ cili blender (ikut suka)
masukkan dalam tumisan tadi tu..goreng sampai masak cili tu...
Masukkan daging - saya letak 500 gram daging cincang, kacau2 bagi kering cket,
sayang masukkan tomato puri cap Kimball tu, 1 tin.
masuk air untuk mencairkan kuah tomato tu..ikut suka kita nak pekat mana..kemudian saya letak daun basil, oregano..nak bagi rasa italian cket kan.
Then saya masukkan Sos Tiram. Masa ini juga saya masukkan rebung madu yang telah diracik halus, kacang peas, then cili benggala. Masa ni nak letak carrot mayang pun boleh juga..terpulang, lagi satu..cendawan pun boleh..
Then jangan lupa letak gula & garam. Saya tak letak encik serbuk perasa..sebab saya dah letak sos tiram..cukuplah..
Spaghetti kemudian direbus, dan boleh lah dimakan bersama kuah spaghetti yang kita buat tadi..sebab ramuan sayur utamanya ialah Rebung Madu..maka jadi Spaghetti Rebung Madu.
RESEPI: MY RESEPI.COM
ACAR REBUNG
Bahan-bahan ( Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00) )
- Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar Sedikit halia (diketuk) serai (diketuk) 2 biji Cili hidup(di belah dua) Sedikit Rempah tiga jenis iaitu 2
- 2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis 5 Ulas bawang merah(dikisar) 4 Ulas bawang putih (dikisar) Minyak utk menumis secukupnya Gula secukupnya Garam secukupnya Cuka atau (air asam jawa) secukupnya
Cara-cara
- CARA-CARA MEMBUAT; Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia tadi sehingga naik baunya. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau. Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika. Masukkan Udang kering tadi Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati. Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat. Angkat setelah masak dan hidangkan.
RESEPI DAPURMAZ
RESEPI SAJIAN SEDAP
ACAR REBUNG
Kombinasi lokio, ketimun dan air jeruk nipis menjadikan hidangan ini lebih unik. Rasanya yang segar dan gurih pasti akan menggugah selera anda.
bahan-bahan/bumbu-bumbu :
300 gram rebung, diiris tipis
1 buah (200 gram) ketimun, dibuang biji, dipotong panjang
1 batang serai, diambil putihnya, dimemarkan
800 ml santan dari 1/2 butir kelapa
50 gram lokio
2 1/4 sendok teh garam
4 1/2 sendok teh gula pasir
7 sendok teh air jeruk nipis
2 sendok makan minyak untuk menumis
bumbu halus:
5 butir bawang merah
2 siung bawang putih
3 buah cabai merah keriting
100 gram kenari
2 cm kunyit, dibakar
1 cm jahe
1 cm lengkuas
Cara Pengolahan :
- Panaskan minyak. Tumis bumbu halus dan serai sampai harum. Tuang santan. Masak sampai mendidih.
- Masukkan rebung, lokio, garam, dan gula pasir. Masak sampai matang.
- Tambahkan ketimun dan air jeruk nipis. Aduk rata.
Untuk 5 porsi
Acar Rebung
Menu ni pula Acar Rebung, dimana ini adalah salah satu masakan orang Sarawak....menu ni pernah dihidang masa aku pergi bertandang ke rumah kawan di sini..Sarawak ler...mmg sedap..sbb lain dari yg lain sikit...tekak aku kata sedap...maka mmg sedap dan pernah buat satu ketika tp lupa akan resepinya...selak punya selak MyR terjumpa juga kat sini resepi olehTintacyber MyR...dan juga ada kat Dapur Tintacyber...thanks sebab sudi share resepi yg marbeles ni..n saya minta izin kat tuan empunya resepi nak CnP juga..bagi yg tak pernah buat..cuba la resepi ni...sedap.
Jom layan resepi dulu yer...BAHAN-BAHAN ACAR REBUNG
- Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00)
- Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je
- Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar
- Sedikit halia (diketuk)
- serai (diketuk)
- 2 biji Cili hidup(di belah dua)
- Sedikit Rempah tiga jenis iaitu (2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis)
- 5 Ulas bawang merah(dikisar)
- 4 Ulas bawang putih (dikisar)
- Minyak utk menumis secukupnya
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- Cuka atau (air asam jawa) secukupnya
CARA-CARA MEMBUAT;
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia tadi sehingga naik baunya.
- Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
- Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
- Masukkan Udang kering tadi
- Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
- Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
- Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
- Angkat setelah masak dan hidangkan.
BERSAMA MASTERCHEF YAN DENGAN MENU MASAK LOMAK REBUNG MADU
Sekali lagi dipersembahkan MASTERCHEF YAN dari Kapar..hehe..Aku nak abiskan gambar mari memasak dengan MASTERCHEF YAN ni. Untuk pengetahuan semua MASTERCHEF YAN ni Mak Sedare orang rumah aku (kira Mak sedare aku jugaklah yerr..) Ilmu dalam bidang masak memasak toksah nak lawanlah..memang dashyat. Kalau ikut Kategori Karate dah dalam 13 DAN @ Talipinggang Hitam..hehe
MASTERCHEF YAN MENUNJUK CARA MENGAUL DENGAN BETUL..HEHE
SEMUANYA DISATUKAN..SONANG BAH ITU..
Kali ini Aksi dirakam ketika MASTERCHEF YAN sedang mempromosikan masakan MASAK LOMAK REBUNG MADU. Senangnyer masak lomak. Tetapi masak lomak nie bukan yang Masak Lomak Style Negori yer. Kalau Masak Lomak Negori mau berasap telinga bila makan sebab Cili yang digunakan masak lomak Negori diaorang guna CILI API..Memang terangkat wehh..
NAMPAK MESRA DALAM PERIUK
MISI HAMPIR SELESAI. UDANG SEGAR MENAMBAHKAN SELERA
Nie Resepi MASTERCHEF YAN punyer. Aku dah hafal dah segala bahan-bahannyer..hehe..nantilah ada masa aku masak dan SHOW OFF kat korang..wahhh..buleh gitu..hehe..REBUNG pulak sedap dan didatang khas dari MUAR pulak tuh. Memang rangup dan manis rasanya. Memang padan digelar REBUNG Madu. Yehhh..minggu ni MASTERCHEF YAN pulak buat kenduri...Sorangggggg..
MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA REBUNG MADU - norlie
Harini akak makan berselera sungguh dengan adanya masakan pebret masak lemak udang bersama rebung madu dan ikan bakar sumbat tempoyak.. sudahnya akak kenyang tergolek.. hahaha...
rebung madu ni memang sedap.. meratah pun sedap...krup krap krup krap.. je.. rasanya pun x lah rasa seperti rebung putih yang berjeruk tu... rebung tu jarang masuk ke umah akak ni sebab ahli keluargaku x suka akan baunya yang begitu kuat.. termasuklah petai, jering dll.... tapi kadang kadang dah lama x makan akak beli juga!! akak makan sorang je...mulalah x de selera pulok!! nak menelan rasa tercekik.. huhuhu... nasib.. nasib!!
RESIPI MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA REBUNG MADU
500g udang sederhana besar - bersihkan
bahan tumbuk:
2 ulas bawang merah kecil
10-15 tangkai cili api
1' kunyit hidup
5-6 batang rebung madu - saiz sederhana
1 batang serai - di titik
1-2 keping asam keping
sedikit serbuk kunyit
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
garam secukupnya
masukkan semua dan masak dengan api yang sederhana hingga mendidih. kacau selalu takut pecah minyak.
rasa garam dan masamnya. tutup api.
sedia untuk di hidangkan.