Monday, August 27, 2012

REBUNG MANIS/MADU BAKA TAIWAN

Inilah rupanya Pokok Rebung Manis/Madu Baka Taiwan yang telah saya tanam untuk percubaan. Rakan saya En Kamarudin telah memperolehi baka ini dan menjual kepada saya dengan harga RM 25.00 sepokok setahun yang lalu.  Pada mulanya saya rasa tertipu kerana daunnya lebar dan batangnya halus serta rendang. Namun Hari Raya yang lepas bila pulang ke kampung saya terkejut kerana rebungnya sebesar betis dan beratnya 1/2 kg setelah diperoses.  Sayangnya dari 5 pokok yang ditanam hanya hidup 3 pokok. Untuk peminat-peminat rebung tolonglah jangan order sekarang untuk pembelian benih taiwan ini. Harap bersabar, saya masih dalam proses untuk menghasilkan benih-benih.

                                  Cantik sungguh mata memandang tapi sayang nak makan


Sungguh tak ku sangka pada mulanya rebung tumbuh halus-halus aje, tapi rupanya ia boleh sebesar betis.

                         
                           Ha nanti bila dah besar boleh jadikan benih. Insyallah aku kena bersabar.


                        Ada orang cakap baka ni spesis yang ada kat Cameron Highland......tak taulah


            Tingginya lebih kurang sama dengan ketinggian buluh rebung madu, cuma daunnya lebar aje.


Amacam.......Gebu dan Manis pula rasanya.  Apa nak tempah? Sorry.....kena tunggu dan ikut giliran daaaaa.