Monday, August 27, 2012

REBUNG MANIS/MADU BAKA TAIWAN

Inilah rupanya Pokok Rebung Manis/Madu Baka Taiwan yang telah saya tanam untuk percubaan. Rakan saya En Kamarudin telah memperolehi baka ini dan menjual kepada saya dengan harga RM 25.00 sepokok setahun yang lalu.  Pada mulanya saya rasa tertipu kerana daunnya lebar dan batangnya halus serta rendang. Namun Hari Raya yang lepas bila pulang ke kampung saya terkejut kerana rebungnya sebesar betis dan beratnya 1/2 kg setelah diperoses.  Sayangnya dari 5 pokok yang ditanam hanya hidup 3 pokok. Untuk peminat-peminat rebung tolonglah jangan order sekarang untuk pembelian benih taiwan ini. Harap bersabar, saya masih dalam proses untuk menghasilkan benih-benih.

                                  Cantik sungguh mata memandang tapi sayang nak makan


Sungguh tak ku sangka pada mulanya rebung tumbuh halus-halus aje, tapi rupanya ia boleh sebesar betis.

                         
                           Ha nanti bila dah besar boleh jadikan benih. Insyallah aku kena bersabar.


                        Ada orang cakap baka ni spesis yang ada kat Cameron Highland......tak taulah


            Tingginya lebih kurang sama dengan ketinggian buluh rebung madu, cuma daunnya lebar aje.


Amacam.......Gebu dan Manis pula rasanya.  Apa nak tempah? Sorry.....kena tunggu dan ikut giliran daaaaa.

Monday, December 19, 2011

BENIH BULUH REBUNG MADU UNTUK DIJUAL

 BENIH BAKA CHINA DAN TEMPATAN OI3-2935710
REBUNG MADU UNTUK DIJUAL 0132935710

Saturday, December 17, 2011

MENANAM BENIH REBUNG MADU BAKA CHINA

 Dah lama tinggalkan kebun letih juga rasanya

 Tapi bila mengenangkan semangat SAGU aku teruskan usaha membersihkan kebun

 Akhirnya berjaya gak

 Aku tanam baka China

 Aku buat batas tinggi kerana kawasan kg ku kadang2 banjir

 Alhamdulillah selesai juga akhirnya

Insyallah jika diizinkan Allah 8 bulan lagi aku kutip hasilnya

BENIH BAKA CHINA TERUS MENDAPAT PEMINTAAN



Buluh Rebung Madu Baka China terus mendapat permintaan yang menggalakkan, saya mengucapkan berbanyak terimakasih.  Walau bagaimanapun kepada mereka yang terpaksa menunggu untuk mendapatkan benih china tu saya memohon maaf.  Memandangkan bekalan terhad dan seperkara lagi benih kena ambil dari pokok yang benar2 matang jika tidak rumpun tersebut akan merajuk dan tidak mengeluarkan rebung.

Saturday, October 15, 2011

BENIH BULUH REBUNG MADU GRED A BAKA CHINA


BAKA GRED A DARI CHINA

Kebaikan:

-   Semakin meningkat umurnya semakin banyak menghasilkan rebung.
-   Kurang rasa pahit.
-   Daun lebih halus.
-   Tahan penyakit.
-   Pengeluaran hasil yg konsisten.
-   Banyak menghasilkan benih.
-   Tidak berbau.

Maklumat lanjut hubungi 0132935710 - Halim