Daun menghijau
KENAPA BERLAKU??
FAKTOR SUMBER MAKANAN TANAMAN
Sumber makanan utama untuk tanaman adalah datangnya daripada air, udara dan matahari. Oksigen, Hidrogen dan Karbon adalah nutrien yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang besar untuk menghasilkan makanannya sendiri dalam bentuk karbohidrat melalui proses fotosintesis.
Sumber makanan tanaman yang seterusnya adalah datangnya daripada nutrien dan mineral di dalam tanah. Terdapat 92 jenis mineral nutrien asli dalam tanah, tetapi tanaman hanya memerlukan lebih kurang 16 jenis nutrien sahaja untuk menampung pertumbuhannya dengan sempurna. Mineral nutrien dari tanah terbahagi kepada 2 kategori iaitu, makronutrien dan mikronutrien (trace element). Terdapat 6 jenis mineral nutrien dari kategori makronutrien iaitu, Nitrogen (N), Phosphate (P), Potasium (K), Calcium (Ca), Sulfur (S), dan Magnesium (Mg). Mikronutrien (trace elemen) terdiri daripada Iron (Fe), Manganese (Mn), Boron (B), Copper (Cu), Zink (Zn), Molybdenum (Mb), Chlorine (Cl), Nickel (Ni) dan lain-lain.
Sistem biodiversiti di dalam tanah dapat menjanakan sumber makanan untuk tanaman melalui proses pereputan sisa tanaman kepada bentuk humus yang dapat digunakan oleh tanaman. Mikro-organisma, cacing dan serangga lain juga dapat mempengaruhi peningkatan keupayaan penadahan air dalam tanah justeru membaikpulih kesuburan tanah. Bila tanaman medapat makanan yang cukup kesan ketara adalah perubahan pada daun (menjadi hijau) .

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI HALIM 013-2935710
No comments:
Post a Comment