Monday, December 19, 2011

BENIH BULUH REBUNG MADU UNTUK DIJUAL

 BENIH BAKA CHINA DAN TEMPATAN OI3-2935710
REBUNG MADU UNTUK DIJUAL 0132935710

Saturday, December 17, 2011

MENANAM BENIH REBUNG MADU BAKA CHINA

 Dah lama tinggalkan kebun letih juga rasanya

 Tapi bila mengenangkan semangat SAGU aku teruskan usaha membersihkan kebun

 Akhirnya berjaya gak

 Aku tanam baka China

 Aku buat batas tinggi kerana kawasan kg ku kadang2 banjir

 Alhamdulillah selesai juga akhirnya

Insyallah jika diizinkan Allah 8 bulan lagi aku kutip hasilnya

BENIH BAKA CHINA TERUS MENDAPAT PEMINTAAN



Buluh Rebung Madu Baka China terus mendapat permintaan yang menggalakkan, saya mengucapkan berbanyak terimakasih.  Walau bagaimanapun kepada mereka yang terpaksa menunggu untuk mendapatkan benih china tu saya memohon maaf.  Memandangkan bekalan terhad dan seperkara lagi benih kena ambil dari pokok yang benar2 matang jika tidak rumpun tersebut akan merajuk dan tidak mengeluarkan rebung.

Saturday, October 15, 2011

BENIH BULUH REBUNG MADU GRED A BAKA CHINA


BAKA GRED A DARI CHINA

Kebaikan:

-   Semakin meningkat umurnya semakin banyak menghasilkan rebung.
-   Kurang rasa pahit.
-   Daun lebih halus.
-   Tahan penyakit.
-   Pengeluaran hasil yg konsisten.
-   Banyak menghasilkan benih.
-   Tidak berbau.

Maklumat lanjut hubungi 0132935710 - Halim

Sunday, September 11, 2011

FAEDAH PERUBATAN DARI ARANG BULUH






SATU PERTEMUAN BARU BERASASKAN BIOTEKNOLOGI

Dibawah ini disertakan pelbagai kegunaan yang boleh didapati daripada penggunaan arang daripada buluh.

  1. Letakkan sedikit atau serpihan arang buluh ketika hendak memasak nasi.Arang buluh boleh bertindak sebagai bahan penyerap unsur klorin,bau busuk dan toksik didalam air yang digunakan untuk memasak nasi.Kandungan mineral yang terdapat didalam arang buluh di larut di dalam air.
  2. Jika arang buluh direndamkan kedalam minyak masak yang sedang panas,rasa makanan yang digoreng akan bertambah sedap dimana aroma setiap bahan akan timbul.
  3. Arang buluh boleh digunakan bagi tujuan membersihkan udara atmosfera didalam rumah dan melindungi peralatan elektronik seperti TV,komputer dan pelbagai barangan elektronik yang lain.Arang buluh merupakan bahan penebat yang cukup berkesan dalam menyerap kuasa elektomagnet dan memantulkan sinaran infra merah.
  4. Letakkan sedikit arang buluh kedalam peti sejuk sebagai agen pewangi atau menyahbauan (deodorizer) gas ethylene yang terhasil secara semulajadi daripada bahan yang disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Kegunaan arang buluh dalam proses pembersihan dan penyulingan air minuman.Arang buluh adalah agen antibakteria dan antikulat semulajadi. Rekomentasi nisbah penggunaan arang buluh dan air adalah  1:1 .Proses pembersihan dan penyulingan air ini hanya mengambil masa 4-5 jam sebelum ianya boleh digunakan.
  6. Arang buluh akan melepas mineral semulajadi kedalam air dan secara tidak langsung bunga atau ikan yang dibela akan berada dalam keadaan sihat.Arang buluh juga boleh digunakan sebagai pestisida organik bagi mencegah haiwan perosak seperti kutu dan sebagainya yang menyerang haiwan dan manusia.
  7. Bau rokok didalam kereta dan kuasa elektrik statik yang dihasilkan didalam kereta boleh diserap dengan penggunaan arang buluh.
  8. Penggunaan arang buluh boleh digunakan sebagai pewangi dalam almari baju dan kasut bagi menyerap kelembapan dan menghalang pertumbuhan kelapuk,lumut serta bau yang kurang menyenangkan.
  9. Arang buluh akan menapis bau klorin dan secara tidak langsung bunga akan bertahan lebih lama.
  10. Arang buluh boleh digunakan sebagai agen kawalan pestisida organik dalam pertanian dan penternakan yang berasaskan semulajadi.
  11. Kandungan mineral daripada arang buluh akan membuatkan rasa ceruk lebih sedap lagi.
  12. Mandian air panas dengan menggunakan rendaman arang buluh boleh menghasilkan air alkali semulajadi dan boleh digunakan sebagai media merawat penyakit kulit,menyegarkan badan,sengal-sengal pinggang,kelemumur dan melancarkan perjalanan darah.

    FAKTA: Selepas aplikasi arang buluh telah digunakan,pecahkan kepada bahagian yang kecil dan taburkan atau campurkan dengan tanah bagi tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan tanaman dan ketahanan melawan serangan penyakit.

    FAEDAH PERUBATAN DARIPADA PENGGUNAAN ARANG BULUH.

    Direkodkan bahawa faedah perubatan daripada penggunaan arang buluh didapati sebanyak lebih kurang 400 mineral boleh diperolehi dan beratus-ratus aplikasi perubatan boleh didapati bagi tujuan kesihatan manusia.

    Penyerap Kelembapan.

    Jika arang buluh ini dicerap dibawah mikroskop,akan kelihatan sejumlah liang-liang atau lubang bersaiz micron terbentuk dalam jumlah yang banyak sekali.Jika 1 gram atau bersamaan 1 cubit arang buluh dikira permukaan liang atau lubang tersebut,ianya boleh mencecah seluas hampir 300 meter persegi atau 3000 kaki persegi.
    Oleh sebab itu,unsur seperti air dan udara boleh melalui media ini dengan lebih mudah bagi proses penyerapan bendasing dan lembapan.

    Pewangi (Agen Penyahbauan)

    Oleh sebab arang buluh mempunyai liang-liang atau lubang bersaiz micron,ianya mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menyerap bendasing terutamanya bau yang kurang menyenangkan.

    Proses Mineralisasi Air.

    Tumbuhan yang membesar biasanya akan menyerap segala nutrien tumbesaran dari dalam tanah.Oleh sebab itulah,setiap arang yang dihasilkan daripada tumbuhan boleh dilarutkan dengan mudah didalam air.Proses mineralisasi air ini boleh dilakukan dengan merendam bahan tersebut didalam air.

    Sinaran Infra Merah.

    Sinaran Infra Merah yang terhasil akibat daripada pembakaran arang buluh ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.Kebaikkan daripada proses ini boleh digunakan bagi tujuan perubatan seperti melancarkan perjalanan darah dan menyegarkan badan.Ianya sangat berguna bagi proses menyalai makanan yang berasaskan daging kerana ia dapat mengekalkan nutrien dan khasiat bahan tersebut.

    Negatif Ionizer.

    Arang buluh boleh menghasilkan ion negative.Ion negatif ini boleh digunakan bagi sistem saraf parasympathetic didalam badan manusia bagi tujuan merehatkan badan dan minda.

    Cuka Arang Buluh.

    Cuka arang buluh adalah cecair ekstrak yang terhasil daripada asap sewaktu penghasilan arang buluh dan boleh digunakan dalam merawat beratus-ratus jenis penyakit.Semasa proses penghasilan cuka arang buluh,asap yang keluar daripada cerobong dalam kebuk pembakaran akan diekstrak dan akan melalui proses kondensasi.Dalam proses kondensasi asap akan bertukar menjadi cecair yang berwarna hitam dan cecair ini dikenali sebagai cuka arang buluh.Cuka arang buluh ini mempunyai lebih kurang 400 jenis unsur kimia dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti kosmetik,pestisida organik(racun serangga) ,pewangi, pemprosesan makanan dan pertanian.

    OLEH : HAMDAN AHMAD

    Saturday, July 9, 2011

    RESEPI REBUNG: APA KATA MEREKA??

     RESEPI JIE JIE


    REBUNG MASAK LEMAH PERUT




    Bahan-bahannya

    1 perdu rebung segar ~ dicincang halus dan direbus
    1/2 kilo perut lembu ~ dihiris nipis dan 3 inci panjang >>direbus hingga masak
    santan dari 1 biji kelapa
    asam keping
    garam secukupnya
    sedikit gula~tak nak masuk pun tak ape.

    Bahan untuk diblend

    5 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    9 biji cili kering
    1 1/2 inci kunyit( kunyit serbuk pun boleh )
    1 inci lengkuas
    2 batang serai
    sejemput biji ketumbar
    sejemput udang kering ~direndam hingga lembut
    1 biji tomato
    2 biji cili merah
    7 biji cili api ( kurangkan jika tak nak pedas )


    Tq Jie Jie.........





    RESEPI CHE DE SAM





    ACAR REBUNG

    Bahan:

    Rebung- dipotong memanjang dan ambil bahagian lembut sahaja.
    Air cuka- air,cuka,gula dan garam dimasak hingga mendidih dan sejukkan. Bila sejuk, bolehlah dicelur rebung di atas.


    Bahan blend:
    bawang merah
    bwg putih
    halia
    sedikit lengkuas
    kunyit
    buah keras
    cili kering- jika suka pedas,lebihkan

    serai-diketuk
    biji sawi dan biji ketumbar - optional


    CARA :

    1. Panaskan minyak,tumis bahan blend bersama biji sawi dan biji ketumbar sehingga naik bau.
    2. Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yg dikehendaki.
    3. Bila dah mendidih,masukkan rebung di atas.
    4. Last sekali masukkan cuka,gula dan sedikit garam .
    5. Bila kuah dah hampir kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

    Nota: kena tahu balancekan kuantiti cuka dgn gula. contohnya if kita bubuh 1 sudu besar cuka so 1 sudu besar gula.







    RESEPI MAT GEBU


    KARI PEDAS REBUNG MADU


    BAHAN-BAHANNYA :

    700 g rebung madu
    500 g daging batang pinang
    1 liter santan cair
    300 ml santan pekat
    2 keping asam gelugor
    1/2 camca besar gula melaka
    2 camca besar kerisik
    3 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah "baba's")
    Garam secukup rasa

    BAHAN TUMIS :

    4 biji bawang merah, hiris halus
    2 ulas bawang putih, hiris halus
    1 batang kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    2 tangkai daun kari
    BAHAN KISAR HALUS :

    2 biji bawang besar (sederhana besar)
    4 ulas bawang putih
    1 1/2 inci halia
    1/2 inci lengkuas
    1 inci kunyit hidup
    25 biji cili padi siam

    CARA MEMBUATNYA :
    1. Rebung dicuci, dan kelar2 tapi jangan putus, buat hingga siap. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar, kacau rata. Ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan perang, masukkan bancuhan rempah kari dan bahan kisar tadi, kacau dan masak hingga terbit minyak. Masukkan daging, kacau dan masak hingga daging kecut.
    3. Masukkan rebung, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masak hingga daging lembut dan rebung empuk. Masuk asam gelugor, garam, gula melaka dan kerisik. Kacau dan tuang pati santan.
    4. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Biar masak 4 - 5 minit lagi. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam lagi, kemudian matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, ulam2man dan sambal belacan.....hmmm berpeluhh koo makan!!!

    RESEPI BDARIA


    Gulai Rebung Madu bersama ayam

    Gulai rebung bersama ayam nie dimasak oleh adik perempuan saya. Dia nie kalau masak kari memang best....saja je saya dera dia supaya masak gulai sementara saya cuma goreng ayam sahaja. Rebung madu nie dibawa oleh Mak Ngah saya dari Changloon. Rebung nie dah direbus dan dijerukkan oleh Mak Ngah saya supaya ia boleh tahan lama. Mak Ngah saya bawa hampir setengah guni besar rebung....mak saya kemudiannya mengagih-agihkan kepada saudara mara kami yang datang masa kenduri tersebut biar semua merasa, maklumlah merekapun dah lama tak balik ke Changloon. Sebenarnya mak saya mempunyai ramai adik beradik...yang satu mak ada di pahang dan di selangor manakala yang mak lain pula berada dibeberapa tempat lain jadi masa kenduri mak jemput mereka semua datang....sebab tulah hari kenduri ramai saudara kami berkunjung kerumah. Datuk saya kahwin empat dan saya ada lebih kurang 24 orang bapa dan mak saudara. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tak pernah jumpa...malah ada yang lebih muda daripada saya (saya cucu sulung datuk).


    Dekat ofis tempohari kami ada berbual berkenaan dengan perbezaan gulai dan kari. Bagi orang utara gulai adalah kari dan masak lemak santan adalah masak lemak tapi bagi kawan saya yang berasal dari N9 pula kata gulai adalah masak lemak dan kari adalah kari. Confuse tak......apa2 pun bagi orang utara ini adalah gulai atau kari. Masa adik saya masak, sibuk je saya dok ambik gambar sambil goreng ayam...sempat lagi tu. Saja je nak buat satu entry berkenaan dengan gulai rebung madu nie.


    Panaskan minyak 3/4 cawan dan kemudian tumiskan bahan-bahan dibawah iaitu

    8 biji bawang merah-dihiris
    4 ulas bawang putih-dihiris
    daun kari-jika ada
    2 batang kayu manis
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    1 inci halia
    4 sudu makan serbuk kari-dibancuh sedikit dengan air hingga jadi pes.

    Tumis sehingga naik minyak.

    Kemudian masukkan rebung yang telah dipotong. Mak ngah saya bagi petua supaya rasa masam rebung yang telah dijeruk tidak kuat adalah dengan memasukkan air batu kedalam rebung tersebut. Rendam seketika dan kemudian toskan rebung tu. Tujuannya supaya rebung yang telah dijeruk tidak terlalu masam.


    Biarkan seketika sehingga rebung sebati dengan bahan tumisan. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan masukkan 4 sudu makan kerisik. Biarkan seketika sehingga ayam sedikit lembut sebelum dimasukkan santan dari 1 biji kelapa. Rasa masin nya, kalau perlu masukkan garam. Rebung nie sudah dijerukkan sebab tu tak perlu masuk asam keping dan garam dahulu.

    Gulai rebung madu bersama ayam nie sudah masak. Memang hari tu best betul makan nasi sebab ada sambal tempoyak petai, ikan sepat perkasam, gulai rebung madu dan ayam goreng. Kami makan ramai-ramai sebelum semua orang balik meninggalkan rumah di Pahang. Sekarang nie rumah tu hanya tinggal adik saya yang batu kahwin tu bersama suaminya. Rumah tu hanya penuh dan meriah dengan oarng bila tiba masa raya sahaja lepas tu sunyi saja.

    Spaghetti Rebung Madu

    Written by  Nomie Aziz
     
    1 biji bawang besar dipotong racik
    3 ulas bawang putih
    minyak untuk menumis.
    tumiskan dulu. hingga naik bau
     
    5 sudu cili boh @ cili blender (ikut suka)
    masukkan dalam tumisan tadi tu..goreng sampai masak cili tu...
     
    Masukkan  daging - saya letak 500 gram daging cincang, kacau2 bagi kering cket, 
    sayang masukkan tomato puri cap Kimball tu, 1 tin.
     
    masuk air untuk mencairkan kuah tomato tu..ikut suka kita nak pekat mana..kemudian saya letak daun basil, oregano..nak bagi rasa italian cket kanCool
    Then saya masukkan Sos Tiram.  Masa ini juga saya masukkan rebung madu yang telah diracik halus, kacang peas, then cili benggala.  Masa ni nak letak carrot mayang pun boleh juga..terpulang, lagi satu..cendawan pun boleh..
     
    Then jangan lupa letak gula & garam.  Saya tak letak encik serbuk perasa..sebab saya dah letak sos tiram..cukuplah..
     
    Spaghetti kemudian direbus, dan boleh lah dimakan bersama kuah spaghetti yang kita buat tadi..sebab ramuan sayur utamanya ialah Rebung Madu..maka jadi Spaghetti Rebung Madu.
     
    spaghetti_rebung_madu.jpg  spaghetti_rebung_madu_2.jpg

    RESEPI: MY RESEPI.COM

    ACAR REBUNG

    Acar



    Bahan-bahan ( Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00) )

    • Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar Sedikit halia (diketuk) serai (diketuk) 2 biji Cili hidup(di belah dua) Sedikit Rempah tiga jenis iaitu 2
    • 2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis 5 Ulas bawang merah(dikisar) 4 Ulas bawang putih (dikisar) Minyak utk menumis secukupnya Gula secukupnya Garam secukupnya Cuka atau (air asam jawa) secukupnya

    Cara-cara

    1. CARA-CARA MEMBUAT; Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia tadi sehingga naik baunya. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau. Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika. Masukkan Udang kering tadi Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati. Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat. Angkat setelah masak dan hidangkan.


    RESEPI DAPURMAZ

    ♥ Acar Rebung ♥



    BAHAN-BAHAN
    Bahan A :
    1 tsp ketumbar biji
    1 tsp jintan manis
    1 tsp jintan putih
    sangai semua, blend @ tumbuk sampai hancur

    Bahan B :
    cili kering dibuang biji (ikut pedas)
    bawang merah kecil
    bawang putih kecil
    halia
    (semua bahan B digoreng dengan minyak sikit sebelum dikisar agar tahan lama)

    Bahan C :
    Bawang merah kecil
    Bawang putih
    (tak payah potong, gaul dengan sikit garam, rendam dengan cuka)

    Bahan D :
    1 peket rebung madu (RM3)-direndam terlebih dahulu dgn bahan-bahan dibawah
    Bahan untuk rendam rebung:-
    250 ml air
    2 sudu besar cuka
    2 sudu besar gula
    1 sudu kecil garam
    Masak bahan hingga mendidih dan tutup api. Masukkan rebung, biar celur dan ketepikan (rendamkan).
    Bila nk masak toskan air dan masukkan rebung dlm bahan tumisan



    Bahan E :
    Bijan disangai

    Cara-caranya :
    1.Panaskan minyak, tumis bahan A dan B sampai wangi, garing

    2. Masukkan bahan C dan rebung, kacau. Masukkan gula dan cuka ikut rasa (cuka x perlu banyak sebab nanti  rebung jadi terlalu masam). Kacau sampai naik minyak dan pekat.

    3. Tutup api, bila sejuk, taburkan bijan(kuantiti bahan2 seperti bawang2an, cili, cuka, gula dan bijan ikut berapa banyak rebung, agak-agak aja. Minyak untuk tumis, kalau boleh banyak sikit, biar agar berkilat.




    RESEPI SAJIAN SEDAP

    ACAR REBUNG

    Kombinasi lokio, ketimun dan air jeruk nipis menjadikan hidangan ini lebih unik. Rasanya yang segar dan gurih pasti akan menggugah selera anda.


    bahan-bahan/bumbu-bumbu :
    300 gram rebung, diiris tipis
    1 buah (200 gram) ketimun, dibuang biji, dipotong panjang
    1 batang serai, diambil putihnya, dimemarkan
    800 ml santan dari 1/2 butir kelapa
    50 gram lokio
    2 1/4 sendok teh garam
    4 1/2 sendok teh gula pasir
    7 sendok teh air jeruk nipis
    2 sendok makan minyak untuk menumis

    bumbu halus:
    5 butir bawang merah
    2 siung bawang putih
    3 buah cabai merah keriting
    100 gram kenari
    2 cm kunyit, dibakar
    1 cm jahe
    1 cm lengkuas

    Cara Pengolahan :
    1. Panaskan minyak. Tumis bumbu halus dan serai sampai harum. Tuang santan. Masak sampai mendidih.
    2. Masukkan rebung, lokio, garam, dan gula pasir. Masak sampai matang.
    3. Tambahkan ketimun dan air jeruk nipis. Aduk rata.
    Untuk 5 porsi




    Acar Rebung

    Menu ni pula Acar Rebung, dimana ini adalah salah satu masakan orang Sarawak....menu ni pernah dihidang masa aku pergi bertandang ke rumah kawan di sini..Sarawak ler...mmg sedap..sbb lain dari yg lain sikit...tekak aku kata sedap...maka mmg sedap dan pernah buat satu ketika tp lupa akan resepinya...selak punya selak MyR terjumpa juga kat sini resepi olehTintacyber MyR...dan juga ada kat Dapur Tintacyber...thanks sebab sudi share resepi yg marbeles ni..n saya minta izin kat tuan empunya resepi nak CnP juga..bagi yg tak pernah buat..cuba la resepi ni...sedap.
    Jom layan resepi dulu yer...

    BAHAN-BAHAN ACAR REBUNG

    • Rebung(telah direbus)..kadang2 dipanggil juga rebung jeruk..(Rm2.00)
    • Udang kering(dalam rm3)..Separuh ditumbuk, separuh dibiar mcm tu je
    • Serbuk kari (ayam/daging)..saya biasa guna Adabi dalam 5 sudu besar
    • Sedikit halia (diketuk)
    • serai (diketuk)
    • 2 biji Cili hidup(di belah dua)
    • Sedikit Rempah tiga jenis iaitu (2 biji bunga cengkih, 2 biji bunga lawang, setengah batang kulit kayu manis)
    • 5 Ulas bawang merah(dikisar)
    • 4 Ulas bawang putih (dikisar)
    • Minyak utk menumis secukupnya
    • Gula secukupnya
    • Garam secukupnya
    • Cuka atau (air asam jawa) secukupnya


    CARA-CARA MEMBUAT;

    • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan juga serai serta halia tadi sehingga naik baunya.
    • Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan kacau.
    • Masukkan pula rempah kari dan kacau hingga sebati. Setelah rempah kari naik baunya, masukkan pula air asam jawa dan biarkan seketika.
    • Masukkan Udang kering tadi
    • Selepas itu, masukkan rebung, kacau dan biarkan sehingga mendidih.
    • Apabila telah mendidih, masukkan gula dan garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
    • Masak api perlahan dan biarkan seketika sehingga kuah acar rebung pekat.
    • Angkat setelah masak dan hidangkan.

    BERSAMA MASTERCHEF YAN DENGAN MENU MASAK LOMAK REBUNG MADU


    Sekali lagi dipersembahkan MASTERCHEF YAN dari Kapar..hehe..Aku nak abiskan gambar mari memasak dengan MASTERCHEF YAN ni. Untuk pengetahuan semua MASTERCHEF YAN ni Mak Sedare orang rumah aku (kira Mak sedare aku jugaklah yerr..) Ilmu dalam bidang masak memasak toksah nak lawanlah..memang dashyat. Kalau ikut Kategori Karate dah dalam 13 DAN @ Talipinggang Hitam..hehe

    MASTERCHEF YAN MENUNJUK CARA MENGAUL DENGAN BETUL..HEHE

    SEMUANYA DISATUKAN..SONANG BAH ITU..

    Kali ini Aksi dirakam ketika MASTERCHEF YAN sedang mempromosikan masakan MASAK LOMAK REBUNG MADU. Senangnyer masak lomak. Tetapi masak lomak nie bukan yang Masak Lomak Style Negori yer. Kalau Masak Lomak Negori mau berasap telinga bila makan sebab Cili yang digunakan masak lomak Negori diaorang guna CILI API..Memang terangkat wehh..

    NAMPAK MESRA DALAM PERIUK

    MISI HAMPIR SELESAI. UDANG SEGAR MENAMBAHKAN SELERA

    Nie Resepi MASTERCHEF YAN punyer. Aku dah hafal dah segala bahan-bahannyer..hehe..nantilah ada masa aku masak dan SHOW OFF kat korang..wahhh..buleh gitu..hehe..REBUNG pulak sedap dan didatang khas dari MUAR pulak tuh. Memang rangup dan manis rasanya. Memang padan digelar REBUNG Madu. Yehhh..minggu ni MASTERCHEF YAN pulak buat kenduri...Sorangggggg..


    MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA REBUNG MADU - norlie


    Harini akak makan berselera sungguh dengan adanya masakan pebret masak lemak udang bersama rebung madu dan ikan bakar sumbat tempoyak.. sudahnya akak kenyang tergolek.. hahaha...
    rebung madu ni memang sedap.. meratah pun sedap...krup krap krup krap.. je.. rasanya pun x lah rasa seperti rebung putih yang berjeruk tu... rebung tu jarang masuk ke umah akak ni sebab ahli keluargaku x suka akan baunya yang begitu kuat.. termasuklah petai, jering dll.... tapi kadang kadang dah lama x makan akak beli juga!! akak makan sorang je...mulalah x de selera pulok!! nak menelan rasa tercekik.. huhuhu... nasib.. nasib!!

    RESIPI MASAK LEMAK CILI API UDANG BERSAMA REBUNG MADU

    500g udang sederhana besar - bersihkan

    bahan tumbuk:
    2 ulas bawang merah kecil
    10-15 tangkai cili api
    1' kunyit hidup

    5-6 batang rebung madu - saiz sederhana
    1 batang serai - di titik
    1-2 keping asam keping
    sedikit serbuk kunyit
    2 cawan santan pekat
    1 cawan santan cair
    garam secukupnya


    masukkan semua dan masak dengan api yang sederhana hingga mendidih. kacau selalu takut pecah minyak.
    rasa garam dan masamnya. tutup api.
    sedia untuk di hidangkan.