Saturday, June 11, 2011

RAHSIA BAJA MINERAL EFEKTIF

Silicon (Si) adalah nama sejenis elemen yang terdapat di dalam tanah. Terdapat 92 jenis elemen di permukaan bumi kita. Silicon adalah elemen yang kedua terbanyak iaitu 27.7 peratus selepas Oxigen. Elemen (mineral) Silicon juga merangkumi lebih daripada 60 peratus kandungan tanah topsoil.

Mineral yang mengandungi Silicon terbahagi kepada dua bentuk. Pertama dalam bentuk kristal (tidak larut) yang tidak dapat dimakan oleh tanaman iaitu dalam bentuk silica (pasir- SiO2) dan silicate (tanah liat- SiO4). Kedua dalam bentuk cecair (larut) yang dapat dimakan oleh tanaman iaitu Orthosilicic Asid (H4SiO4).

Untuk menguraikan silicate daripada bentuk kristal kepada bentuk cecair Orthosilicic Asid, ia harus melalui 3 proses pereputan dan penguraian iaitu secara mekanikal, kimia dan juga biologi. Proses tersebut memakan masa yang agak lama.

Di dalam hutan kekal yang beribu tahun umurnya, sistem ekologinya adalah sangat seimbang. Ia mampu menjana apa sahaja keperluan makanannya melalui proses pereputan (mekanikal, kimia dan biologi). Keunikan inilah yang menjadikan tanah dan tanaman di dalam hutan sentiasa subur, sihat dan seimbang.



Selepas tanaman menyerap Orthosilicic Asid, ia akan mendepositkannya ke dalam lapisan kulit (epidermal) daun, batang dan akar pokok dalam bentuk organik silica (SiO2). Apabila daun atau ranting gugur, mikrob akan memakan organik silica (SiO2) tersebut dan menukarkannya kembali kepada bentuk Orthosilicic Asid untuk dimakan oleh pokok. Proses kitaran sisa tanaman sentiasa berjalan dan ini akan menambahkan kandungan organik silica di dalam pokok dan tanah di dalam hutan. Ini adalah salah satu sebab yang menjadikan pokok di dalam hutan sentiasa hijau, sihat dan tidak dijangkiti penyakit.

Untuk membuktikan bahawa terdapatnya kandungan organik silica yang banyak di dalam pokok di dalam hutan, kita potong sepohon pokok yang sihat dari hutan dan di bakar semua daun, batang dan akarnya. Selepas proses pembakaran, elemen terakhir yang tertinggal adalah abu. Ujian makmal akan menunjukkan bahawa organik silica adalah salah satu mineral yang terbanyak yang terkandung di dalam abu tersebut. Kandungan organik silica yang banyak didalam tanaman membuktikan bahawa Orthosilicic Acid (H4SiO4) adalah merupakan salah satu elemen mineral yang penting untuk tanaman.

Tetapi persoalannya adalah, kenapakah Orthosilicic Acid (H4SiO4) yang sebegitu banyak di dalam tanah dan tanaman tidak dianggap sebagai nutrien yang penting untuk tanaman? Sedangkan, baja Orthosilicic Asid telah digunakan dengan jayanya di Jepun, Korea, China, Rusia, Kanada, Brazil dan juga Thailand. Malah Canadian Fertilizer Act telah mengkategorikan Orthosilicic Asid sebagai “Supplementary Fertilizer That Improves Plant Growth”, Brazil pula telah mengklasifikasikan Orthosilicic Asid sebagai “Beneficial To Crops” dan Jepun juga telah melabelkan Orthosilicic Acid sebagai ”Agronomically Essential Element”.

Kajian tentang penggunaan baja Orthosilicic Asid telah pun dijalankan dalam industri pertanian di negara-negara maju seperti Jepun, Kanada, Amerika, Eropah, Rusia dan lain-lain sejak awal tahun 70 an. Kajian telah membuktikan bahawa penggunaan baja Orthosilicic Asid dapat:

a)Meneguhkan lapisan dinding sel (epidermal) daun, batang dan akar pokok.
 
Menguatkan sistem imunisasi tanaman untuk melawan penyakit dan serangan serangga.
b)Meningkatkan elemen klorofil dalam daun untuk proses metabolisma semasa fotosintesis.
 
Meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil tanaman.
c)Mengurangkan kehilangan (leaching) N.P.K di dalam tanah.
 
Silica (SiO2) dapat menyerap dan menyimpan Potassium (K) dalam tanah sehingga 90 %.
d)Mengekalkan pH tanah antara 5 - 6.5 untuk memastikan Phosphorous sentiasa dapat digunakan oleh tanaman.
e)Membantu memperbaiki ketidakseimbangan nutrien dan toksik dalam tanaman.
 
Dengan adanya Orthosilic Acid, toksik dalam tanaman seperti Al dan Fe dapat dikurangkan.
f)Meningkatkan ketahanan tanaman semasa kemarau.
 
Membantu proses penyimpanan air dalam tanaman.

Persoalannya adalah, kenapakah baja Orthosilicic Asid masih lagi tidak digunakan sepenuhnya oleh petani kita? Jawapannya ialah, harga baja Orthosilicic Asid dari Amerika, Jepun dan negara-negara pengeluar lain adalah mahal dan tidak ekonomi untuk industri pertanian. Kos baja Orthosilicic Asid (dalam bentuk cecair) di Amerika dan Jepun adalah rm 20.00 sekilo.

Tetapi Thailand telah berjaya menghasilkan baja Orthosilicic Asid untuk kegunaannya sendiri kerana mereka mempunyai teknologi dan bahan mineral semulajadi.  Keterangan lanjut hubungi Halim 0132935710.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment